Pengertian Logo Bentuk Layang-layang yang simetri : Melambangkan harapan dan cita-cita tinggi sekolah untuk menjadi sebuah institusi ilmu yang gemilang bagi melahirkan insan seimbang yang terbaik serta mampu menggapai pencapaian setinggi-tingginya dalam ilmu. Komputer dengan paparan Logo : melambangkan teknologi maklumat dan komunikasi yang menjadi nadi Pelajaran Sarawak usaha memperoleh serta mempertingkatkan ilmu seiring dengan perkembangan teknologi tersebut yang kini merupakan mangkin pemacu kemajuan. Trapezium bewarna Biru Muda : Melambangkan pendidikan untuk semua, disamping menunjukkan usaha dan hasrat sekolah menyahut seruan pendidikan negara kearah globalisasi. Garis Latar bewarna Biru Gelap : Melambangkan kesepakatan, perpaduan dan kerajasama yang teguh antara warga sekolah dalam usaha sama bersama kearah pencapaian visi, misi dan matlamat sekolah. Moto : "Bertamadun, Berteknologi" merupakan iltizam sekolah untuk melahirkan generasi yang memiliki semua sifat dan keperibadian masyarakat bertamadun kelas pertama seterusnya menguasai kepakaran dan kemajuan material dalam bidang teknologi tinggi. |