Sekolah ini mula ditubuhkan pada bulan November 1955. Pada mulanya sekolah ini telah diasaskan oleh seorang mubaligh Kristian iaitu Rev. Father Vien Rayon, seorang warga Belanda yang bertugas paderi di kawasan Nanga Tamin pada ketika itu. Sekolah ini adalah sepenuhnya hasil titik peluh warga tempatan, ianya telah dibina menggunakan bahan yang ada di kawasan ini dan penduduknya telah bergotong-royong untuk menyiapkan sekolah ini. Pada mulanya sekolah ini memerima pelajar dari pelbagai pelusuk rumah panjang yang berada disekitar kawasan Nanga Langan dan Ulu Tamin. Ianya juga merangkumi Ulu Dijih hingga ke Ulu Oya, malah pelajar-pelajar dari Nanga Tajam pada ketika itu juga belajar di sekolah ini yang pada masa itu dikenali sebagai SB ST Mark. Sekolah ini beroperasi sepenuhnya pada bulan Januari 1956, walaupun pada mulanya tujuan pembinaan sekolah ini digunakan untuk pengajaran agama Kristian namun ia akhirnya digunakan untuk tujuan pembelajaran kurikulum nasional. Sehingga kini sekolah ini telah beroperasi selama 53 tahun dan pernah diterajui oleh 10 orang guru besar sepanjang tahun-tahun tersebut. Kini, SB ST Mark telah bertukar nama ke SK ST Mark dan diterajui oleh En. Latit ak Rampai yang telah berkhidmat dari tahun2006. Kini sekolah ini memiliki 13 orang guru akademik dan 5 orang staff sokongan. Berikut adalah senarai Guru Besar yang telah berkhidmat di SK ST Mark: 1. Moses Enteri (Jan1956-Dis1957) 2. Henry Sibi (Jan1958-Dis1960) 3. Bernard Meran (Jan1961-Dis1961) 4. David Blayong (Jan1962-Dis1965) 5. Willian Jawi (Jan1966-Dis1966) 6. Robert Chan Thien Siew (Jan1967-Dis1971) 7. Raphael Ras Una (Jan1972-April1979) 8. Alli ak Etil (1 Mei1979-Jun1997) 9. Valentine Labang Galih (Jul1979-24 Feb 2006) 10. Latit ak Rampai (24 Feb 2006 - Kini...) |